Monday, December 29, 2014

Tips Kembara: Korang ade nak g bercuti tempat yang ade pantai@mandi2? Ini boleh selamatkan nyawa korang

Kepada anda yang ingin pergi bercuti ke mana - mana tempat yang ada pantai, tempat mandi atau tempat yang banyak air, mungkin ini boleh membantu anda apabila keadaan x diduga berlaku.



Saturday, December 27, 2014

Tips Kembara 3 - Ditahan Polis Di Bangkok; Camane?

Korang bace lah ni. Potongan berita mengenai Polis di Bangkok. Apa hak korang kalau korang ditahan secara rawak di sana.


Satu isu paling besar bile korang kat Thailand, adalah masalah bahasa komunikasi. Amatlah sedikit

Friday, December 26, 2014

Tips Kembara - Bahagian 2

Thailand - Imigresen - Pastikan apabila anda melepasi imigresen Thailand, mereka telah COP passport anda. Masuk, dan Keluar. Telah berlaku banyak kes di mana mereka tidak COP passport anda ketika masuk, dan apabila ingin keluar sempadan, mereka akan kenakan "denda tidak rasmi". Setakat kes yang pernah dilaporkan kepada kami, ada yang pernah kena "denda tidak rasmi" ini sebanyak RM2000, RM8000, dan ada sehingga RM10,000". 


Krabi, Thailand

Dan kami juga pernah menerima laporan serupa seperti ini di Indonesia, dan di sana dikenali sebagai "wang keamanan". Berhati2. 

Begitu juga apabila anda memasuki negara lain. Walaupun passport kita dilengkapi mikrocip yang boleh mengesahkan kehadiran anda, tetapi di tempat orang, anda mungkin tidak mampu mendapatkan privilege yang sepatutnya untuk anda. Tanggungjawab ANDA untuk pastikan passport anda dicop. 

Jika berlaku keadaan sedemikian, cuba dapatkan bantuan dari Kedutaan

Thursday, December 25, 2014

Nak booking hotel murah? Macam ni caranya

Ramai yang pm kitorang tanye, kat instagram, kat fb, pasal nak booking hotel.

"Korang booking hotel mcm mane?"
"Korang booking awal ke korang masuk je on the spot cari sendiri?"
"Korang survey mcm mane hotel2 banyak2 tu?"
"Korang pilih hotel macam mane?"

Jawapan mudah - agoda.

Kalau kitorang punye style, tengok keadaan. Contohnya sekarang 1 Januari, nak g trip 30 Januari. Dan nak g trip kat london. So kitorang slow2 survey dulu hotel kat area yang kitorang nak pegi. Cari name tempat, dan lepas tu, kitorang cari hotel pakai agoda.



Agoda ni website yang tolong korang cari seberapa banyak hotel yang mampu dekat area korang nak

Tips Kembara - Bahagian 1

Tips Kembara - Bahagian Satu


Ini adalah beberapa koleksi tips -tips am yang boleh anda amalkan. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang telah banyak kali mengembara dan dari pengalaman kami sendiri.

SHARE kepada rakan - rakan anda yang suka berjalan. Semoga tips ini bermanfaat untuk semua. Tips akan ditambah di bawah ye. Kalau ade nak share ape2 dengan kitorang, komen je kat bawah ok?

1. Sediakan sedikit duit simpanan untuk waktu emergency. Dan paling baik dalam note USD. Sebolehnya, simpan 50 - 100 USD di tempat lain SELAIN WALLET ANDA.

2. Scan copy passport, tiket flight, hotel booking slip, etc etc. Simpan hard dan soft copy. Hard copy boleh simpan dalam fon dalam bentuk pdf atau image screenies.

3. Passport dan dokumen penting termasuk sebahagian duit masuk dlm beg yg

Tuesday, December 23, 2014

Thailand - December 2014 Trip - Sinopsis

1st day

Malam: Airport - Patong Town(Van Pelancong 180 baht sorang, 30-45 minit. Terus hantar ke Hotel)

2nd day

Pagi - Patong town - Jalan - jalan (sewa motor/skuter, 200 baht 1 motor, satu hari) - Breakfast, Jungceylon Mall, Banzaan Fresh Market, Pusing2 Bangla Road - Hotel.
Petang - Patong beach. Lepak pantai
Malam - Malin Plaza + Malin plaza night market - Bangla boxing stadium, night market (depan bangla boxing stadium)

3rd day

Pagi - Patong beach bus station (teksi motor, 50 baht sorang).
Terus naik bas ke Phuket Town (30 baht sorang).
Pastu naik teksi honda civic ke stesen bus terminal 2 (untuk ke Krabi), (200 baht 1 teksi).
Phuket - Krabi (bas express, aircond, 160 baht sorang, 12.30pm-3.45pm).

Malaysian: Negara Mana Yang Memerlukan Visa dan Tidak Memerlukan Visa

Ni untuk rujukan korang. Malaysian, negara mana yang perlukan visa dan x perlukan visa. Mungkin ada sedikit perubahan atau perbezaan dari keadaan sekarang (time korang bace ni, mungkin dah ada negara yang x perlukan visa, dsb).

So untuk rujukan korang, boleh tengok list ni. Kalau nak donwload simpan dalam fon, boleh cek link yang kat bawah sekali.

Selamat mengembara!

*update 1 - Jepun dah x perlukan visa ye - 23.12.2014

Boleh klik gambar nak tengok besar sikit

Sunday, December 21, 2014

Krabi Hari 2

Bangun pagi, kitorang keluar pegi cari makan dulu. Jalan2 dekat area hotel tu, ade jumpe satu lagi kedai halal. Kedai ni, highlight dier nasi kari (nasi beriyani). Boleh tahan la. tapi xde la sedap sangat sampai termimpi mimpi. satu pinggan dalam 50 ke 60 baht mcm tu. Pekerja dier frenly. Makcik yang jual tu nampak kesian jugak sbb mcm dh tua. oh well.

Lepas tu kitorang jalan lagi, pergi mall yang pakcik teksi tuktuk drop kitorang semalam. dekat je. daripada hotel tu, dlm 5 minit mcm tu je kot jalan kaki. sampai je, terus masuk dalam. aircond bebeh! tengah kenyang makan tadi, terus masuk ekon, terus cari kerusi. duduk kejap, pastu jalan balik. pusing2 dalam tu. same je mcm supermarket kat Malaysia. Xde ape2 yang special sangat. Time nk keluar tu, sempat la menyempat makan eskrim Swensen. Kat malaysia susah sangat nak mendapat ni, kat sini, alang2 dah last day, cari care nk habiskan duit, menyambor la swensen tu. 

balik hotel. makan, bungkus kat kedai artis tu. bungkus, balik hotel, tido. bangun, baru makan. 

petang, kitorang pegi tepi sungai krabi tu lagi. Kali ni, kitorang x naik la boat ride tu. tp kalau korang ke sini, korang boleh naik boat tu untuk g kat gua Krabi (batu besar 2 biji yang jadi landmark Krabi tu), dan boleh usha2 tempat tu. sebelum ni, kitorang pernah naik bot tu, 450 baht rasenye. ke 750 baht. lupe dah. untuk bayaran tu, boatmen tu bawak pusing sungai tu, pegi 2 monumen tu, pastu pegi fish farm yang ade restoran seafood terbaekkkk. tapi mahal sikit la. sekitar 400, 500 baht satu lauk. tapi agaknye seafood mmg mahal sikit kan?

Saturday, December 20, 2014

Flash tip untuk korang yang nak ke Ho Chi Minh, Vietnam



Kami telah menerima banyak laporan mengenai keadaan dan layanan yang kurang "mesra pelancong" dari sana. Dan tidak kurang juga kejadian "pow" duit dari pelancong, terutamanya dari pelancong Malaysia. Korang kene berhati2 sikit bile melalui airport ho chi minh ni. Kebiasaannya, diorang akan tarik masuk bilik, dan pow duit. Mereka akan mula minta anda menunjukkan resit barang belian anda ketika anda di sana, dan minta 10% "cukai tidak rasmi". Kebiasaannya, rm50 atau rm100. Ada juga yang kene lebih. So korang kene berhati2. Ape yang anda boleh buat?

1. Bile korang dh shopping macam2 tu, buang plastik wrapping semue, dan bawak dalam beg sahaja.

2. Simpan duit korang yang banyak kat tempat lain selain wallet korang. Tinggal dalam 10-20 ringgit je dlm wallet atau poket korang so kalau time diorang mintak, ckp je banyak tu je yg tinggal.

3. Kalau diorang tanye korang shopping byk mane, jangan bagitau jumlah sebenar. Bagitau KURANG sikit dari jumlah sebenar.

Thursday, December 18, 2014

Phuket Hari 3 - Krabi Hari 1

Bangun pagi, dah kemas2, kitorang pun terus check out. pukul 9 pagi. Bile nk keluar tu, receptionist hotel tu tolong panggilkan teksi moto (yang naik 3 orang tu), untuk hantar kitorang pegi Patong Beach. Kat situ ade bus stand untuk ke Phuket Town. Teksi motor tu kitorang kene 50 baht sorang.

sampai patong beach, ngam - ngam bas baru nak gerak ke phuket town. lantas melompat ke atas bas, dan terus menikmati jalan ke phuket town. Lebih kurang 45 minit mcm tu. sorang 30 baht. sampai kat phuket town, diorang drop tgh2 bandar betul. Nak ke krabi, kene pegi ke terminal bas 1 lagi (terminat bas 2 kot name nye), so kene amek teksi lagi. Kitorang berempat naik 1 kete honda civic, 200 baht satu kete.

Otw ke bas terminal tu, driver teksi akan berenti skjap dekat gudang jual permata n mutiara n cincin dan macam2 lagi la. singgah je, xyah beli pape katenye. tapi barang2 dlm tu mmg murah, so korang yg nk shopping barang kemas, sini ok la.

then terus hantar pegi bas terminal 2 phuket town tu. sampai situ dalam pukul 12, dan bas seterusnye ke Krabi pukul 12.30. tiket sorang 160baht. sementara tunggu bas, kitorang makan dulu kat tepi bus station tu. ade 2 kot kedai halal. kitorang makan kat satu kedai tu, not bad la. dan harga makanan pun murah.

Ni deret kedai tepi stesen bas Phuket tu. Sementara menunggu bas, makan dulu. abang mat saleh jadi model kejap. 

Wednesday, December 17, 2014

Phuket Hari 2 Part 2

TIBE TIBE....hujan.

hujan turun dengan lebatnye sehingga seantero phuket berlari lari mencari kepastian dalam kegelapan hujan tu. ntah pape. Kitorang berenti lepak kat 7e kejap sementara tunggu hujan berenti. Oh. Teh Ais dekat 7e. diorang jual mcm jual slurpee tu. tapi serius terbaekkkkkkk. 24 baht untuk gelas besar, lebih kurang rm2.40 la. tapi memang berbaloi.

Dah habis minum, hujan berenti. Perjalanan diteruskan. Otw balik hotel, kitorang ternampak Malin Plaza, otw dekat Bangla Road. Malin plaza ni ade la jual macam - macam jugak. macam pasar malam.



Tuesday, December 16, 2014

Phuket - Hari 2 Part 1

Pagi, kalau hotel korang ade sediakan breakfast, untunglah. Tapi halal atau x, yang tu kene tanye diorang la. Macam kitorang, xde breakfast disediakan. Sebab nak cari makan punye pasal, kitorang sewa motor kat area sekitar hotel. Kebiasaannya, sewa motor ni 200 baht sehari (lebih kurang rm20). dan kami amat amat rekemen korang sewa motor ni kalau nak g jalan - jalan usha2 tempat.



 Tu nampak motor berderet - deret tu? Untuk korang sewa la tu. 


Ada lagi untuk disewa.


Dan lagi. 


Dah dapat motor, pusing2 sikit tempat tu korang boleh jumpa kedai makanan halal. tapi pagi tu

Sunday, December 14, 2014

Phuket - Arrival

Ok. kitorang punye flight patutnye pukul 6.10 petang. tapi kebetulan pulak hari tu, memang nasib kitorang terbaik. delayed. sampai pukul 7.20 baru sampai kapalnye. pastu lebih kurang 7.45 kitorang terbang. Tapi sebab lambat, pihak Airasia bagi hadiah sikit - bagi beger McD, air mineral, dan fries. Boleh la mengubat hati yang terluka dan sedikit panas akibat kelambatan. bukan sebab ape. kitorang dah book hotel. dah lambat. takut jugak nanti hotel x bagi check in sebab lambat ( ade polisi sesetengah hotel mcm ni). So korang, kalau booking hotel, seeloknye inform hotel bile korang agak2 sampai (pakai emel pun ok), dan konfem kan terus korang nak ke x airport transfer. kalau nak, (biasenye mahal sikit la) terus habaq kat depa noh.

Dah sampai airport phuket, mcm biase la. cop imigresen sume2, pastu sampai dekat arrival hall nye. airportnye kecik je. bile korang keluar je airport, ade la beberapa kaunter tiket bas dan teksi.


Nampak tu orang tengah beratur? nak beli tiket bas@teksi la tu

Kaunter tiket ni semue lebih kurang je. kitorang x plan la nak buat blog kan, jadi x survey betul2 la semua. lepas ni, konfem. sebijik2 kitorang tulis sampai korang muntah nak bace.  

Jalan Jalan Macam Saya, jom?

Blog ni ditulis untuk membantu anda pengembara pengembara malaya a.k.a. kaki jalan yang nak cari guide untuk korang travel. Panduan yang kitorang buatkan ni adalah berdasarkan pengalaman dan ape yang kitorang lalui mase kitorang jalan jalan tu. x semestinya yang kitorang lalu ni paling baik, paling murah, atau paling mantop. tapi, ni la yang kitorang lalu, dan harap boleh membantu korang bilamana perlu.

Kitorang cube la list sebanyak mungkin info untuk korang supaya nanti korang senang la nk jalan jalan macam kitorang. Tapi, nanti korang dah pegi, kalau ade ape2 info lebih nk share ngan kitorang, jangan lupe bgtau kitorang ye.

Jangan lupe follow instagram kitorang @kembarapoketnipis ! Sikit - sikit kitorang share la ape2 yang patut kat situ.


Dekat IG korang boleh tag kawan2 kan? ha. korang kalau ade nk ajak kawan2 g jalan2 mane2 mcm kitorang, tag terus kat gambar tu. Bagi depa racun. Pastu masing2 boleh stat buat tabung ayam untuk travel. Yay! 

ape2 pun, kami harapkan blog dan instagram ni akan jadi panduan yang boleh korang gunakan untuk travel nanti. Tips2 yang boleh selamatkan nyawa dan poket korang pun kitorang akan cuba tambah dan tambah lagi. Boleh la korang share info2 yang korang x tahu lagi dengan travel geng korang, ataupun tag kitorang @kembarapoketnipis dekat IG untuk kitorang tambahkan skali dalam blog ni. Sharing is caring, yea? 

Ok. ni je dulu pengenalan. lain2 nanti kitorang ade mase kitorang update. stay tuned~~ jangan lupe bookmark blog ni (klik Ctrl + D). nanti korang dah x sesat dah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak stat berjalan? Mungkin korang nak tengok ni dulu..