Friday, December 26, 2014

Tips Kembara - Bahagian 2

Thailand - Imigresen - Pastikan apabila anda melepasi imigresen Thailand, mereka telah COP passport anda. Masuk, dan Keluar. Telah berlaku banyak kes di mana mereka tidak COP passport anda ketika masuk, dan apabila ingin keluar sempadan, mereka akan kenakan "denda tidak rasmi". Setakat kes yang pernah dilaporkan kepada kami, ada yang pernah kena "denda tidak rasmi" ini sebanyak RM2000, RM8000, dan ada sehingga RM10,000". 


Krabi, Thailand

Dan kami juga pernah menerima laporan serupa seperti ini di Indonesia, dan di sana dikenali sebagai "wang keamanan". Berhati2. 

Begitu juga apabila anda memasuki negara lain. Walaupun passport kita dilengkapi mikrocip yang boleh mengesahkan kehadiran anda, tetapi di tempat orang, anda mungkin tidak mampu mendapatkan privilege yang sepatutnya untuk anda. Tanggungjawab ANDA untuk pastikan passport anda dicop. 

Jika berlaku keadaan sedemikian, cuba dapatkan bantuan dari Kedutaan
Malaysia di negara yang anda lawati. Pastikan anda mempunyai maklumat mengenai kedutaan Malaysia di mana sahaja yang anda ingin lawati. Simpan boarding pass anda. Ini adalah bahan bukti kehadiran anda yang amat penting. 



Just in case kalau korang miss yang tips sebelum ni. Boleh tengok tips kembara bahagian satu tu. 

No comments:

Post a Comment