Tuesday, December 23, 2014

Thailand - December 2014 Trip - Sinopsis

1st day

Malam: Airport - Patong Town(Van Pelancong 180 baht sorang, 30-45 minit. Terus hantar ke Hotel)

2nd day

Pagi - Patong town - Jalan - jalan (sewa motor/skuter, 200 baht 1 motor, satu hari) - Breakfast, Jungceylon Mall, Banzaan Fresh Market, Pusing2 Bangla Road - Hotel.
Petang - Patong beach. Lepak pantai
Malam - Malin Plaza + Malin plaza night market - Bangla boxing stadium, night market (depan bangla boxing stadium)

3rd day

Pagi - Patong beach bus station (teksi motor, 50 baht sorang).
Terus naik bas ke Phuket Town (30 baht sorang).
Pastu naik teksi honda civic ke stesen bus terminal 2 (untuk ke Krabi), (200 baht 1 teksi).
Phuket - Krabi (bas express, aircond, 160 baht sorang, 12.30pm-3.45pm).

Krabi bus terminal - krabi town (tuktuk, 200 baht 1 tuktuk, boleh muat 6-8 orang)
Krabi town - hotel (thai hotel) 580 baht 1 malam 2 orang, economy rooom)
Krabi town, malam - night market.

4th day

Pagi - breakfast, Vogue department store (jalan kaki)
Petang - Krabi river (jalan kaki)
Malam - night market (jalan kaki)

5th day

Pagi - airport transfer (350 baht, hotel punye servis). Balik Malaysia



Aktiviti tambahan yang boleh korang buat kat KRABI:

1. Elephant trekking - naik gajah, 2 orang 1 gajah. 800 baht sorang/sejam/jalan jauh. kalau murah lagi jalan pendek sikit. kitorang cadangkan, amek yang setengah jam pun dah cukup.
2. Pantai Ao Nang - pantai ni cantik, tapi muddy sikit. sangat sesuai untuk tengok sunset. waktu malam tempat ni hidup sebab banyak club, restoran malam, peniaga2 tepi jalan, etc. Tapi mostly x halal la makanan dier.
3. Krabi River Cruise - 500 baht - boleh pegi dekat Gua Batu Krabi tu, yang due batu besar kat sungai Krabi. Pastu pegi fish farm, dan kedai makan seafood. Kalau bayar mahal lagi boleh pusing krabi river tu.
4. 4 Island Hopping - 4 pulau yang femes orang selalu pegi kat sane. Ape tah name pulau tu. Tapi kat pulau2 ni, untuk snorkeling, diving, amek gambar, mandi2, etc. Cantik pulau2 nye (google phi phi island). Kalau pegi dengan direct travel agent, mahal sikit (1000+ baht), tapi kalau pegi join trip orang lain, boleh dapat serendah 400 baht sorang (tapi kene tunggu bot penuh baru jalan). Untuk dapatkan harga ni, korang jalan2 pusing2 area Krabi Town tu, kebanyakan hotel dan kedai kecik ada sediakan. Berdekatan 7e yang bertentangan dengan Krabi River tu pun ade.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang mungkin nak tengok ni jugak..


        














No comments:

Post a Comment