Dah sampai airport phuket, mcm biase la. cop imigresen sume2, pastu sampai dekat arrival hall nye. airportnye kecik je. bile korang keluar je airport, ade la beberapa kaunter tiket bas dan teksi.
Nampak tu orang tengah beratur? nak beli tiket bas@teksi la tu.
Kaunter tiket ni semue lebih kurang je. kitorang x plan la nak buat blog kan, jadi x survey betul2 la semua. lepas ni, konfem. sebijik2 kitorang tulis sampai korang muntah nak bace.
kitorang hari ambik hotel dekat Patong Beach. Patong Beach ni antara pantai yang paling hot gojes la dekat phuket ni. Mase tu, ade 2 pilihan. Teksi eksekutif (750baht - 850baht satu teksi) ataupun teksi van (180baht sorang). kalau ambik teksi eksekutif tu, diorang jalan terus bile korang dah beli tiket tu. tapi kalau beli yang teksi van, diorang tunggu cukup 10 orang dulu baru jalan.
Teksi van mcm yang dalam gambar ni. cukup 10 orang @ 8 orang kalau yang kecik tu, baru diorang jalan. Teksi eksekutif ni, korang naik kete macam kete honda civic, camry, avanza, dan mcm2 lagi la.
Korang keluar je pintu airport tu, betul2 belah kiri korang ade money changer ni. rate? konfem la lagi mahal dari korang tukar kat Malaysia. So baik tukar siap2.
Dan kalau korang bawak kad bank (Visa), dan korang nk withdraw duit kat thailand, korang dikenakan caj 180 baht sekali keluar ye (lebih kurang rm18 ringgit), pastu jumlah duit dalam akaun korang tu diorang dah bagitau siap2 dalam currency Thailand Baht.
Dah naik van tu (dalam stgh jam jgk la kitorang tunggu nak penuh tu), sampai halfway, diorang berenti dekat satu agensi pelancongan. biase la, nak promote pakej2 pelancongan. harga time kat sini average, x murah sangat n x mahal sangat. Kalau korang berminat, n nak nego lagi, korang cuba mintak pakej harga student ke, harga first timer ke, harga honeymoon ke, harga family ke. untung2 diorang boleh bagi murah sikit lagi. Dah setel kat situ, van pun akan terus berjalan, dan akan hantar korang dekat depan hotel korang. yup. kalau korang datang orang, pastu korang duk 5 hotel berbeza, 5 hotel la driver dier akan hantar. PASTIKAN KORANG ADE MAKLUMAT HOTEL (NO TEL, EMEL, ADDRESS) sebab driver ni kadang2 dapat yang dah berumur, diorang x pasti jalan, x jumpe hotel malam2, dan sebagainya. Time ni la korang kene tebalkan muke g mane2 hotel, dan mintak tolong receptionist diorang. biasenye diorang akan tolong sbb receptionist diorang memang 99% friendly.
Dah sampai hotel, cek in, tido. Rehat. malam tu, kitorang sampai hotel sekitar pukul 11.45 malam. Sampai hotel, amek bilik masing2, terus tido.
oh. hotel kat sini, average price dalam rm50-rm100 untuk hotel dengan bilik private. kalau hostel mcm dorm tu, share bilik air, dalam rm15-45 ade. banyak ade area ni. OK. tido dulu. sambung esok.
Zzzzzzz..
No comments:
Post a Comment