Sunday, December 21, 2014

Krabi Hari 2

Bangun pagi, kitorang keluar pegi cari makan dulu. Jalan2 dekat area hotel tu, ade jumpe satu lagi kedai halal. Kedai ni, highlight dier nasi kari (nasi beriyani). Boleh tahan la. tapi xde la sedap sangat sampai termimpi mimpi. satu pinggan dalam 50 ke 60 baht mcm tu. Pekerja dier frenly. Makcik yang jual tu nampak kesian jugak sbb mcm dh tua. oh well.

Lepas tu kitorang jalan lagi, pergi mall yang pakcik teksi tuktuk drop kitorang semalam. dekat je. daripada hotel tu, dlm 5 minit mcm tu je kot jalan kaki. sampai je, terus masuk dalam. aircond bebeh! tengah kenyang makan tadi, terus masuk ekon, terus cari kerusi. duduk kejap, pastu jalan balik. pusing2 dalam tu. same je mcm supermarket kat Malaysia. Xde ape2 yang special sangat. Time nk keluar tu, sempat la menyempat makan eskrim Swensen. Kat malaysia susah sangat nak mendapat ni, kat sini, alang2 dah last day, cari care nk habiskan duit, menyambor la swensen tu. 

balik hotel. makan, bungkus kat kedai artis tu. bungkus, balik hotel, tido. bangun, baru makan. 

petang, kitorang pegi tepi sungai krabi tu lagi. Kali ni, kitorang x naik la boat ride tu. tp kalau korang ke sini, korang boleh naik boat tu untuk g kat gua Krabi (batu besar 2 biji yang jadi landmark Krabi tu), dan boleh usha2 tempat tu. sebelum ni, kitorang pernah naik bot tu, 450 baht rasenye. ke 750 baht. lupe dah. untuk bayaran tu, boatmen tu bawak pusing sungai tu, pegi 2 monumen tu, pastu pegi fish farm yang ade restoran seafood terbaekkkk. tapi mahal sikit la. sekitar 400, 500 baht satu lauk. tapi agaknye seafood mmg mahal sikit kan?



lepas lepak kat sungai krabi tu, malam kitorang pegi lagi night market tengah2 krabi town tu. beli makanan lagi. macam2 la kitorang beli. layan show kejap kat tengah night market tu sambil makan. dah setel semua, balik hotel. malam tu tengok fox movies je sampai tido. pagi nak bangun pegi airport awal sebab tiket flight balik malaysia mase tu pukul 7.45 kot.

---------------------------------------------------------------------------------------

Lepas subuh, terus kemas, dan ready pegi airport. time ni dalam pukul 6.00 pagi. dari krabi town ke airport dalam setengah jam mcm tu.  Ok. untuk g airport, kitorang suggest korang amek terus airport transfer dengan hotel yang korang duduk tu, senang. Mcm kitorang, airport transfer 350 baht satu kete. So kalau g reramai, lagi la jimat per head. dan kalau dengan hotel pun korang x gamble sangat. kalau deal dgn teksi luar, takut nanti diorang x dtg ke, bangun lambat ke, abehla korang. Yang hotel ni at least staf dier mmg dah ade kat hotel tu.

sampai hotel, kitorang print boarding pass. ade self print kiosk kat airport ni yang BOLEH PAKAI. bukan mcm KLIA2 yang kos pembinaannya ratus juta tapi XLEH PAKAI SELF CHECK IN KIOSK. sedih.



dah print boarding pass, mcm biase la. lepak tunggu boarding, dah boarding, balik malaysia. fuuh.

dekat airport tu, ade kedai runcit korang bole la nk beli kopi panas ke, teh ke, coklat ke, fridge magnet ke kalau x sempat beli sblm ni. tapi boleh agak la. mmg mahal sikit berbanding korang beli kat luar. krabi ke, phuket ke. tapi last minit bole la.

Trip kitorang kali ni boring sikit, x explore sangat sebab:

1. plan asal nk g jalan2 je. tapi dah terbeli itu ini, lari bajet sikit. so hari last2 tu lepak chill2 je.
2. sbb x plan pun nak buat blog ni. tapi sebab dekat fb kawan2 ramai yg mintak share travel experience, so kitorang pun buat la. slow2 kitorang pegi mane2, kitorang update dan tambah lagi ye.

kalau kitorang dapat tips penting2, kitorang letak kat bahagian TIPS KEMBARA




so korang rajin2 la cek ye. kalau ade ape2 nak tambah, komen je. semoga bermanfaat untuk semua.

selamat mengembara!

Jumpe korang pada pengembaraan seterusnya ya ;-)







No comments:

Post a Comment