Wednesday, June 7, 2017

Lombok - tiket murah, tempat menarik, makanan enak - Pegi hari tu bulan Mac 2017

Awak. saya kan. nak ajak awak g lombok sebenarnya. bukan nak kawen kat situ. Tapi, nak tunjuk dekat awak betapa indahnya dunia ini, terutamanya bila awak bersama saya.

Dah ramai sangat dah orang cite pasal lombok. Saye share ni je lah awak. Tempat dan gambar. Kalau datang lombok, sedikit rugi la kalau tak singgah tempat tempat ni.

Bukit Merese - datang time sunset. Fuh view dier superb! 

Sembalun, pagi pagi. Kat sini sejuk gile korang mesti stress dengan kewujudan aircond. Sejuk, segar. 

Sembalun jugak. Lupe name masjid ni. Tapi sangat cantik. 

Ni dekat Bukit Merese jugak. Area Kuta, Lombok. 

Ni view dekat Gili Meno. Biase je view ni. Gili Meno takde pape sangat pun. Simpan duit, takyah pegi sini. Pegi gili lain.


Tu lah. Antaranya.

Saye kan. sebenarnya semangat tau nak buat ni. Tapi tak sangke pulak setelah sekian lame, nama kembarapoketnipis ni telah dicedok oleh blogger lain. Ala sedihnya! Tapi takpelah. Rezeki masing masing. Hashtag dekat instagram pun. Em. sedih!

Takpe takpe. kawan - kawan jangan sedih. Batman ade. nanti malam malam dier datang mengganggu hidup kawan kawan. Hihihi.

Saturday, June 3, 2017

Awak. Saya dah kembali

Awak. Setelah sekian lame blog ini terbiar sepi, sempena bulan yang mulia ni, saye nak buat comeback lah. Fuh penat-penat setting dulu, lepas tu dah dapat keje pulak dekat KL. ni dh kembali menanam hasil bumi yang indah dan enak dinikmati ramai, saye rasa nak sambung balik lah passion ni.

Kawan2 pun boleh lah datang jenguk instagram kembara poket nipis (www.instagram.com/kembarapoketnipis). kat situ pun ade gambar jgk. pun baru nk update balik. saye janji dengan awak, saya update gambar best2 tau. sebab saye pun baru je nak beli kamera balik ni. ye lah. dulu kamera dh jual dh mase dapat keje tu.

jadi awak. bertabahlah. kisah kite nak sambung ni. muahciked.

Monday, December 29, 2014

Tips Kembara: Korang ade nak g bercuti tempat yang ade pantai@mandi2? Ini boleh selamatkan nyawa korang

Kepada anda yang ingin pergi bercuti ke mana - mana tempat yang ada pantai, tempat mandi atau tempat yang banyak air, mungkin ini boleh membantu anda apabila keadaan x diduga berlaku.



Saturday, December 27, 2014

Tips Kembara 3 - Ditahan Polis Di Bangkok; Camane?

Korang bace lah ni. Potongan berita mengenai Polis di Bangkok. Apa hak korang kalau korang ditahan secara rawak di sana.


Satu isu paling besar bile korang kat Thailand, adalah masalah bahasa komunikasi. Amatlah sedikit

Friday, December 26, 2014

Tips Kembara - Bahagian 2

Thailand - Imigresen - Pastikan apabila anda melepasi imigresen Thailand, mereka telah COP passport anda. Masuk, dan Keluar. Telah berlaku banyak kes di mana mereka tidak COP passport anda ketika masuk, dan apabila ingin keluar sempadan, mereka akan kenakan "denda tidak rasmi". Setakat kes yang pernah dilaporkan kepada kami, ada yang pernah kena "denda tidak rasmi" ini sebanyak RM2000, RM8000, dan ada sehingga RM10,000". 


Krabi, Thailand

Dan kami juga pernah menerima laporan serupa seperti ini di Indonesia, dan di sana dikenali sebagai "wang keamanan". Berhati2. 

Begitu juga apabila anda memasuki negara lain. Walaupun passport kita dilengkapi mikrocip yang boleh mengesahkan kehadiran anda, tetapi di tempat orang, anda mungkin tidak mampu mendapatkan privilege yang sepatutnya untuk anda. Tanggungjawab ANDA untuk pastikan passport anda dicop. 

Jika berlaku keadaan sedemikian, cuba dapatkan bantuan dari Kedutaan

Thursday, December 25, 2014

Nak booking hotel murah? Macam ni caranya

Ramai yang pm kitorang tanye, kat instagram, kat fb, pasal nak booking hotel.

"Korang booking hotel mcm mane?"
"Korang booking awal ke korang masuk je on the spot cari sendiri?"
"Korang survey mcm mane hotel2 banyak2 tu?"
"Korang pilih hotel macam mane?"

Jawapan mudah - agoda.

Kalau kitorang punye style, tengok keadaan. Contohnya sekarang 1 Januari, nak g trip 30 Januari. Dan nak g trip kat london. So kitorang slow2 survey dulu hotel kat area yang kitorang nak pegi. Cari name tempat, dan lepas tu, kitorang cari hotel pakai agoda.



Agoda ni website yang tolong korang cari seberapa banyak hotel yang mampu dekat area korang nak

Tips Kembara - Bahagian 1

Tips Kembara - Bahagian Satu


Ini adalah beberapa koleksi tips -tips am yang boleh anda amalkan. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang telah banyak kali mengembara dan dari pengalaman kami sendiri.

SHARE kepada rakan - rakan anda yang suka berjalan. Semoga tips ini bermanfaat untuk semua. Tips akan ditambah di bawah ye. Kalau ade nak share ape2 dengan kitorang, komen je kat bawah ok?

1. Sediakan sedikit duit simpanan untuk waktu emergency. Dan paling baik dalam note USD. Sebolehnya, simpan 50 - 100 USD di tempat lain SELAIN WALLET ANDA.

2. Scan copy passport, tiket flight, hotel booking slip, etc etc. Simpan hard dan soft copy. Hard copy boleh simpan dalam fon dalam bentuk pdf atau image screenies.

3. Passport dan dokumen penting termasuk sebahagian duit masuk dlm beg yg